Sunday, September 5, 2010

Doa Kejayaan di Akhir Ramadhan


31 OGOS 2010,Kuala Kurau - Keberkatan sepuluh terakhir dalam bulan Ramadhan diisi dengan berdoa agar diberi kejayaan terhadap anak-anak terutama yang akan menduduki peperiksaan besar UPSR, PMR dan SPM.


Seramai 200 orang peserta terdiri daripada golongan ibu dan anak berkumpul di Masjid Mahyuddin, Batu 5 seawal jam 8.30 pagi bagi menjayakan Program Yasin Perdana & Ceramah Motivasi anjuran Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan DMPK Parit Buntar

Ahli Parlimen Parit Buntar YB. Dr Mujahid Yusuf Rawa turut serta dalam menjayakan program tersebt dengan menyampaikan amanat dan pesanan mengenai kejayaan yang diingini Islam. Beliau dalam ucapannya menekankan soal akhlak dalam institusi kekeluargaan Islam penjana utama kejayaan yang gemilang di dunia dan di akhirat.

Majlis ringkas ini diakhiri dengan bacaan surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh imam masjid berkenaan

~ salam penghujung ramadhan dan salam memburu lailatulqadar ~