Saturday, March 13, 2010

Program Maulidur Rasul




DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG

Assalamualaikum wrt.wbt,

Yang dihormati,
Ketua Muslimat Cawangan ________________

Puan/Cik,

PROGRAM MAULIDUR RASUL 2010

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. HELWA USM Transkrian akan mengadakan program di atas untuk remaja yang berumur 13 – 30 tahun pada tarikh berikut :-

Tarikh : 28 Mac 2010M / 12 Rabiulakhir 1431H
Hari : Ahad
Masa : 8.00 a.m. - 1.00 tgh.
Tempat : Dewan Auditorium, Kampus Kejuruteraan, USM Transkrian
Peserta : 5 orang setiap cawangan
Pengangkutan : Sendiri (Sekiranya bermasalah sila beritahu dalam borang
penyertaan jawapan yang diberikan)

3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan handbill dan tentatif program untuk makluman puan/cik.

4. Borang penyertaan dan sampul pemulangan semula di alamat yang dinyatakan juga disertakan sekali untuk tindakan puan/cik. Sila hantar semula borang jawapan selewat-lewatnya sebelum 20 Mac 2010 / 4 Rabiulakhir 1431H.

4. Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh puan/cik di dalam program ini diucapkan Jazakallahu Khairan Khathira.


“MENDIDIK DAN MEMBINA UMMAH”


Yang menjalankan amanah,


PROGRAM MAULIDUR RASUL PADA 28 MAC 2010

BORANG PENDAFTARAN

BIL NAMA NO KP ALAMAT No Telefon


TENTATIF PROGRAM

8.00 – 8.30 a.m. : Pendaftaran
8.30 – 9.00 a.m. : Ucapan Pengerusi Majlis
Pimpinan Doa (Ustazah Siti Sapura bt Arshad)
Cahaya Selawat Nabi s.a.w. (Raihan)
Ucapan Pengarah Program (Cik Athirah Ibrahim)
9.00 – 9.30 a.m. : Tayangan video “Kisah Rasuluallah s.a.w.”
9.30 – 10.00 a.m. : Game/Modul pertama (Pelajar-pelajar USM)
10.00 – 11.15 a.m. : Ceramah/Diskusi
Oleh : Ustazah Rokiah
11.15 – 12.00 tgh : Game/Modul Kedua (Pelajar-pelajar USM)
Tayangan Slaid
Hadiah Misteri
12.00 tgh : Cahaya Selawat Nabi s.a.w.

Asmaul Husna
Makan tengahari
Bersurai


Sebarang pertanyaan boleh lah hubungi : Cik Athirah 019 5643854