Thursday, April 15, 2010

WANITA JAGALAH AURATMU



Menutup aurat adalah suatu kewajipan kepada perempuan Islam. Ia dalah perintah dari Allah kepada orang-orang yang beriman. Oleh itu jagalah aurat mu wahai muslimat sekelian.

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah...

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Saturday, April 10, 2010

IKTIBAR BUAT MUKMININ


Apabila dunia telah Qiamat, manusia akan dibangkitkan dari kubur masing-masing menuju ke padang masyar untuk dihitung dan dihisab serta mendapat pengadilan dari Allah. Maka ketika itu manusia akan bangkit dan berjalan secara dalam barisan-barisan sebagaimana di riwayatkan dalam hadis seperti berikut:

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah S.A.W. dan bertanya kepada baginda:

“Wahai Rasulullah S.A.W., tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T” Erti firmanNya;

“Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris” (Surah al-Naba’) Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab;

“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepadaku perkara yanag amat besar bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.” Maka Rasulullah menyatakan setiap barisan yang sebanyak 12 barisan.

BARISAN PERTAMA

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEDUA

Diiringi dari kubur dalam berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih;

“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.

“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEEMPAT

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

“Mereka adalah orang yag berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka

BARISAN KELIMA

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu,Allah S.W.T. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.

“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka kerana takut diketahui manusia,tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah S.W.T. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KEENAM

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.

“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KETUJUH

Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah.

“Mereka itu adalah orang yang enggan member kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KELAPAN

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

“Mereka adalah orang yang berbuat zina. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.”

BARISAN KESEMBILAN

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.

"Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEPULUH

Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta.

"Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibu bapa. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KESEBELAS

Diiringi dari kubur dalam keadaan buta mata kepala,gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terlanjur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.

"Mereka adalah orang yang meminum arak. Maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka."

BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan;

"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih (sumber)

Wednesday, March 31, 2010

UNDI ANDA: ANTARA PAHALA DAN DOSA




Antara satu perkara yang menjadi dasar kepada perhubungan sesama manusia yang dianjurkan oleh Islam ialah sikap taa’wun ataupun tolong menolong.

Pada ayat yang kedua daripada surah al-Maidah, Allah swt berfirman: Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Ayat ini menyarankan kita supaya saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan sahaja dan melarang kita tolong menolong dalam perkara kemaksiatan dan permusuhan. Orang yang menolong untuk melaksanakan perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan akan mendapat pahala kerana pertolongannya itu dan begitulah sebaliknya, iaitu akan mendapat dosa jika membantu dalam perkara kemaksiatan dan dosa. Bahkan jika dia membantu dalam melaksanakan satu kebaikan yang mana mendatangkan maslahah yang besar, maka dia akan mendapat pahala yang banyak, sebaliknya jika dia membantu dalam melaksanakan dosa yang besar iaitu dalam perkara yang membawa mafsadah atau keburukan yang besar, maka dia juga akan mendapat dosa yang besar.

Kerana itu dengan membantu, seseorang mungkin akan mendapat pahala yang banyak ataupun mungkin akan mendapat dosa yang besar. Kerana inilah saya katakan bahawa antara dosa yang paling besar yang ada pada zaman sekarang adalah dosa menolong, sekalipun dosa menolong ini tidak disebut secara jelas bahawa ia termasuk dalam dosa-dosa yang besar. Dalam dosa membunuh contohnya, seseorang lelaki yang tidaklah membunuh, tetapi dialah yang menolong untuk menjayakan pembunuhan itu, seperti diikatnya mangsa, dipegang atau dicamkannya untuk pembunuh, maka dia juga akan mendapat dosa membunuh. Berkata Imam al-Ghazali: Sesiapa yang membantu dalam kemaksiatan, maka dia adalah bersekutu dalam (dosa) maksiat itu.-lihat kitab Faidhul Qadir karangan Imam al-Manawi. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyatakan: “Sesiapa yang membantu mempertahankan kezaliman, maka dia akan berada dalam kemurkaan Allah, sehinggalah dia meninggalkannya”. (Riwayat Ibnu Majah, (2320, dan al-Albani menganggapnya sahih)

Dalam dosa mengumpat, bukan sahaja si pengumpat yang mendapat dosa, bahkan si pendengar juga mendapat dosa. Ini kerana dia telah membantu dalam perkara kemaksiatan, ini kerana umpatan tidak akan terjadi tanpa ada yang sanggup mendengarnya. Samalah juga halnya dengan dosa meminum arak. Bukan sahaja peminum yang berdosa, bahkan semua yang menolongnya juga berdosa seperti penjual, pembekal, pelayan dan sebagainya. Maka alangkah besarnya dosa orang yang mana dengan pertolongan dan bantuannya, tertegak dan berdiri kilang-kilang arak dengan megah, ini kerana semua arak yang diminum adalah bersumberkan kepada kilang-kilang tersebut. Dan alangkah lamanya dosanya, iaitu selama mana kilang itu masih beroperasi dan dia masih mendokongnya.

Dalam hukum memakan riba, bukan sahaja yang memakan riba itu yang berdosa, bahkan si pemberi, kerani yang mencatat juga mendapat habuannya daripada dosa tersebut. Maka, alangkah besarnya dosa orang yang dengan pertolongan dan bantuannya, terlaksananya sistem ekonomi yang menghalalkan riba dan sistem itu sentiasa berjalan dan didokongnya. Begitu juga hukumnya dengan hukum memakan rasuah. Bukan sahaja si pemakan rasuah yang berdosa, bahkan orang yang memberi juga turut berdosa dalam, kerana dialah yang memberikan rasuah tersebut. Kerana itu saya katakan antara dosa yang sangat besar dalam zaman kita sekarang adalah dosa menolong dalam perkara kemaksiatan.

Kalau kita tengok kepada keadaan muda-mudi sekarang, kita dapati kebanyakan daripada mereka telah runtuh akhlaknya. Keruntuhan akhlak muda-mudi ini sebenarnya adalah disebabkan sistem pelajaran sekarang adalah sistem pelajaran sekular dan tidak berlandaskan kepada sistem pelajaran Islam. Sistem pelajaran yang ada sekarang meggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Natijahnya ialah keruntuhan akhlak muda-mudi yang kita lihat sekarang. Maka alangkah besar dosanya kalaulah kita yang membantu dan mendokong sehingga sistem sekular itu yang diguna pakai dan bukannya sistem pelajaran Islam.

Dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang dengan pertolongannya boleh membawa kepada tidak terlaksananya satu hukum hudud daripada hudud-hudud Allah, maka sesungguhnya dia telah melawan Allah dalam urusanNya (pemerintahannya). (Hadis riwayat Abu Daud (3597) dan Al-Albani menganggapnya sahih). Hadis ini meyatakan bahawa sesiapa yang dengan pertolongannya boleh menyingkirkan satu hukuman hudud sahaja sudah dianggap melawan Allah, maka alangkah besarnya gerangan dosa orang yang mana dengan pertolongan dan bantuannya hukum hudud sedikit pun tidak dapat dilaksanakan bahkan dilarang untuk selama-lamanya. Kerana inilah dalam hadis yang sohih, bila mana Usamah bin Zaid, seorang yang sangat disayangi oleh Rasulullah s.a.w. meminta supaya tidak dilaksanakan hukum hudud ke atas seorang perempuan Bani Makhzum yang telah mencuri, berubah air muka Rasululllah s.a.w. kerana kemarahan dan beliau bersabda: Adakah kamu mahu untuk memberikan pertolongan supaya tidak dilaksanakan satu hudud daripada hudud-hudud Allah? … Demi Allah, kalaulah Fatimah binti Muhammad (anak perempuan kesayanganku ini) mencuri, nescaya aku akan potong tangannya. Hadis ini diriwayatklan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Siti Aisyah, lihat Riyadus Solihin, karangan Imam Nawawi, bab larangan memberikan pertolongan dalam (menyingkirkan hukum) hudud.

Dalam suatu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tolongilah saudara kamu samada dia menzalimi atau dizalimi. Lalu seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika dia dizalimi. Apa pula pendapatmu jika dia yang menzalimi, bagaimana aku menolongnya? Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: Engkau hendaklah menegahnya daripada melakukan kezaliman itu, maka itulah cara menolongnya. Hadis sohih riwayat Imam Bukhari daripada Anas. Sila lihat Nuzhatul Muttaqin, Syarah Riyadus Solihin, jilid 1, m/s 206. Berpandukan hadis ini, maka kita diseru supaya sentiasa menolong, samada orang yang menzalimi atapun yang dizalimi dengan syarat pertolongan itu akan membawa kepada maslahah ataupun kebaikan kepada kita, agama dan juga kepada saudara seagama kita. Maka cara menolong orang yang dizalimi adalah dengan menyekatnya daripada melakukan kezaliman tersebut. Dan perlu kita faham bahawa kezaliman adalah setiap perkara yang dianggap dosa dan munkar oleh agama.

Kita diwajibkan untuk mencegah kezaliman dan kemunkaran yang dilakukan, dan bukannya sama-sama bersekongkol dan tolong-menolong dalam perkara tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemunkaran, maka cegahlah dengan tangannya, dan jika dia tidak mampu, maka cegahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu, maka cegahlah dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman. Hadis sohih riwayat Imam Muslim daripada Abu Said al-Khudriyy. Dikeluarkan oleh Imam Muslim dalam Kitabul Iman, bab pada menyatakan bahawa mencegah kemunkaran adalah sebahagian daripada keimanan. Lihat Nuzhatul Muttaqin, jilid 1 m/s 170.

Kerana itu, sama-samalah kita tolong menolong dalam menegakkan agama Allah, kerana di situlah keadilan dan sama-samalah kita berganding bahu untuk mencegah dan menyekat kemunkaran yang berleluasa sekarang ini. Semua ini adalah tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah s.w.t. ke atas bahu-bahu kita. Janganlah kita berkecuali dalam hal ini dan memandang remeh tentang apa yang berlaku sekarang ini dalam masyarakat dan negara kita. Dalam suatu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang (masanya, timbulnya) pemimpin-pemimpin yang sentiasa melakukan kezaliman dan pembohongan. Maka sesiapa yang menolong kezaliman mereka dan mengiyakan pembohongan mereka, maka dia bukanlah daripada (golongan)ku dan aku bukanlah daripada (golongan)nya, dan dia tidak akan samapi ke kolam Kautharku (di akhirat). Dan sesiapa yang tidak mengiyakan pembohongan mereka dan tidak menolong mereka dalam kezaliman itu, maka aku adalah daripada (golongan)nya dan dia adalah daripada (golongan)ku dan dia akan sampai ke kolam Kautharku (di akhirat). Hadis riwayat Imam Ahmad (no. 18151, dan Syuaib al-Arnaut menyatakan bahawa isnadnya sahih).

Maka fikirkanlah situasi anda sekarang ini. Renungkanlah. Dan jawablah,: “Adakah anda bersama-sama orang yang menegakkan agama Allah atau anda berada dalam kumpulan yang mendokong dan menyokong kemungkaran”? Tinggalkanlah kumpulan yang mendokong kezaliman dan ingatlah kepada firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Dan janganlah sekali-kali kamu condong kepada orang-orang yang zalim kerana kamu akan disentuh api neraka. Surah Hud, ayat 113. (sumber)

Monday, March 29, 2010

KEM REMAJA EXCELLENT 2010



TARIKH : 9 HINGGA 10 APRIL 2010
TEMPAT : PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT AT-THOIF, KUALA KANGSAR, PERAK
YURAN : RM 10


AYUH SELURUH LEPASAN SPM, STPM, STAM, & MATRIK!!

* Ingin ke Universiti?
* Mahu berkenalan dengan rakan-rakan yang bakal ke IPT?
* Nak jumpa senior-senior IPT?
* Nak buat persediaan yang terbaik sebelum ke IPT?

JOM BERAMAI-RAMAI SERTAI KEM REMAJA EXCELLENT 2010:

1. menyediakan generasi mahasiswa yang benar-benar bersedia dalam menghadapi senario iklim kampus yang sebenar.

2. memberi gambaran umum kepada pelajar-pelajar tentang situasi kehidupan di kampus

3. Menerapkan elemen-elemen kecemerlangan terhadap bakal mahasiswa/I dalam aspek sikap,pemikiran dan tindakan yang betul dalam menguruskan kehidupan sebagai mahasiswa Islam
4. Menanamkan kesedaran kepada bakal mahasiswa/I tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa Islam yang menyumbang kepada pembinaan masyarakat kampus yang sihat

5. Menggunakan pendekatan yang lebih santai dan menarik!!

“Membina Mahasiswa Penggerak Ummah”.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI KE TALIAN KAK MIZAN 019-5142271.TKASIH

Kau Istimewa Penyuluh Kehidupan...



USM, Nibong Tebal,27 Mac 2010 - Helwa Parit Buntar dengan Kerjasama Helwa Pusat Islam KKJ dengan jayanya telah mengadakan ceramah Maulidur Rasul di Dewan Auditorium Kampus Kejuruteraan, USM. Bertemakan "Kau Istimewa Penyuluh Kehidupan" telah menarik perhatian seramai 170 peserta yang terdiri daripada golongan remaja dan warga emas. Selain memperingati perjuangan Nabi Junjungan kita saw,program ini juga bertujuan menarik golongan remaja untuk mengisi masa yang berfaedah dan bersilaturrahim. Selain itu, program ilmu ini disembahkan dengan tayangan rencana "Kau Istimewa Penyuluh Kehidupan" yang telah meruntun jiwa dan airmata penonton.Program ini diteruskan lagi dengan ceramah yang amat berinformasi oleh UStazah Rokiah yang banyak memberi nasihat tentang kehidupan dan masyarakat serta perjuangan Rasulullah SAW.Penonton juga diceriakan lagi dengan persembahan "IQ Games" oleh pelajar-pelajar Sarjana (Master) USM KKJ.Program ini berakhir pukul 1 tengahari.

Program Bacaan Yasin


Parit Buntar, 23 Mac2010 - Dewan Muslimat PAS Parit Buntar dengan kerjasama HALWA MTD Titi Serong telah mengadakan perjumpaan kali kedua dengan muslimat Cawangan Sg Betul Bawah di markas UPU Sg Betul Bawah, Tanjung Piandang. Perjumpaan ini diadakan bagi merapatkan lagi silaturrahim di antara AJK DMP, AJK HALWA MTD Titi Serong, AJK muslimat Cawangan Sg Betul Bawah yang diketuai oleh Pn Nurul Syahida bt Hassan dan muslimat-muslimat di Sg Betul Bawah. Program ini dimulakan dengan program membaca Yassin beramai-ramai dengan diketuai oleh Pn Ainah bt Ahmad, isteri kepada YB Drs Khalil Idham Lim. Seramai lebih kurang 35 orang muslimat telah menghadiri perjumpaan ini yang bermula pada pukul 4.00 petang, yang kemudiannya solat Asar secara berjemaah telah dijalankan di situ. Selepas itu, tazkirah bertajuk “Membangun Untuk Islam” telah disampaikan oleh Ustazah Zuraida bt Hussin, isteri kepada YB Dr Mujahid Rawa. Antara penekanan yang diberikan oleh beliau ialah sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu bagi menghidupkan hati yang sentiasa bergolak dengan permainan syaitan dan kemewahan dunia, sentiasa menjaga dan membajai ni’mat Islam dan Iman dan sentiasa menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh Allah terutama perkara syirik dan perasaan riak dan ujub. Program ini berakhir pada pukul 6. 15 petang dengan sedikit jamuan disediakan oleh muslimat Cawangan Sg Betul Bawah.

Friday, March 19, 2010

Program Silaturrahhim DMPPB





PROGRAM SILATURRAHIM DMPPB BERSAMA MUSLIMAT CAWANGAN SUNGAI BETUL BAWAH, TG PIANDANG, PBUNTAR

Tarikh : 16 mar 2010
Tempat : Markaz Sg Betul Bawah
Masa : 3.30 ptg

Pada 16 Mar 2010 yang lalu, Dewan Muslimat Pas Parit Buntar telah mengadakan lawatan ke Markaz Sg Betul Bawah, tg Piandang, Parit Buntar. Program ini disambut meriah oleh Ketua Cawangan En Abdul Razak, Ketua Muslimat Cawangan Pn Nurul dan muslimat-muslimat Cawangan Sg Betul. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahmi di antara pimpinan muslimat Kaw dengan muslimat cawangan Sg Betul.